10 tahun berlalu selepas post terakhir. Selamat hari raya Aidil Fitri 2025/1446H Semoga saya bersemangat melalui hari-hari mendatang dengan limpahan dan kurnia Ilahi. Amin.
Agak lama tidak menjenguk ke blog nie. Bukannya apa, agak sibuk kebelakangan ini. Kalau diikutkan, memang banyak nak diluahkan, namun masa tidak mengizinkan. Tambahan pula, aku ni bukannya jenis suka metulis panjang lebar. Itu salah satu daripada sebab mengapa aku gagal menjadi penulis (hehehehe... idea ada, tapi tak tau nak mula macam mana...) :) Apa, ya? Dalam sedar tak sedar, di saat ini adalah bulan Februari. Bulan yang meninggalkan banyak.... Aiseh, ade nyamuklah pulak kat depan skrin nie. Kejap, aku halau dulu.... Ok, dah pegi pun makhluk nie. Februari, meninggalkan banyak kenangan. Antaranya, aku menamatkan kerjayaku di tempat lama... 5 tahun di sana banyak menimba pengalaman bermakna. Dari sesuatu yang sukar, sehinggalah ke satu tahap yang melegakan. Dan begitulah turutan kehidupan, susah.... senang.... Lepas tu susah balik, dan seterusnya... Tension, memang tidak terkiralah.... Dan dalam bulan Februari jugak aku mendapat kerja baru. Suasana berbeza, namun tetap dengan matlamat...
Aku perlukan satu keputusan... Tentang hidup ini.... Apa yang perlu aku pertimbangkan? Dan kini aku kebuntuan.... 2 kesudahan berbeza memerlukan aku membuat pilihan... Semakin lama, semakin memeningkan kepala... Keputusan yang memerlukan perhatian sepenuhnya... Keputusan yang aku harus buat... Penentu kesudahan yang mengembirakan semua orang... dan mendukacitakan... Ibarat dalam Bleach - Final Battle for Kurosaki Ichigo vs. Aizen Sousuke... Keputusan Ichigo menggunakan teknik terakhir menewaskan musuh mungkin meragut nyawanya, namun dia terima ketentuan demi mereka di sisinya..... What should I do? What should I do? What should I do? Masih kebuntuan.... Amat sukar untuk mencari kepastian.... Bukan orang lain yang memilih untuk diri ini.. Fikirlah sebaik-baiknya............. Moga ada kesudahan yang bakal merubah segalanya...
Comments