Assalamualaikum.... Salam sejahtera semua.... Rasanya dah lama menyepikan diri... 4 thn rasanya.,, memencilkan diri dari dunia siber nie. Al-maklumlah, sibuk dgn tugasan di pejabat... :) ...... ...... ...... Apa ye, tak tau nak catat ape-ape pun. Yang pastinya, banyak hal berlaku dalam tempoh memencilkan diri nie... Sebab dah banyak hal aku update kat facebook... Sesekali munculkan diri di facebook, selebihnya banyak mendiamkan diri sahaja. Yang pasti, kehidupan ini telah berubah. " Dulu aku sendiri...... Kini aku sendiri...." Ops, silap tu, kini aku bukannya sendiri, ada insan di sisi menemani... :) :) ... Mana nak tau, dalam duk sibuk2 dengan pelbagai urusan, akhirnya aku temui seseorang yang mampu mengetuk pintu hati... Banyak hal berubah dalam sekelip mata. semuanya berbeza. Dulu apa yang nak dilakukan, semua keputusan yang ingin dibuat,.. Tapi sekarang berubah.... Nak ke mana-mana pun, mesti kene maklum. Semua keputusan mesti ada pandangan kedua... tapi b...
Agak lama tidak menjenguk ke blog nie. Bukannya apa, agak sibuk kebelakangan ini. Kalau diikutkan, memang banyak nak diluahkan, namun masa tidak mengizinkan. Tambahan pula, aku ni bukannya jenis suka metulis panjang lebar. Itu salah satu daripada sebab mengapa aku gagal menjadi penulis (hehehehe... idea ada, tapi tak tau nak mula macam mana...) :) Apa, ya? Dalam sedar tak sedar, di saat ini adalah bulan Februari. Bulan yang meninggalkan banyak.... Aiseh, ade nyamuklah pulak kat depan skrin nie. Kejap, aku halau dulu.... Ok, dah pegi pun makhluk nie. Februari, meninggalkan banyak kenangan. Antaranya, aku menamatkan kerjayaku di tempat lama... 5 tahun di sana banyak menimba pengalaman bermakna. Dari sesuatu yang sukar, sehinggalah ke satu tahap yang melegakan. Dan begitulah turutan kehidupan, susah.... senang.... Lepas tu susah balik, dan seterusnya... Tension, memang tidak terkiralah.... Dan dalam bulan Februari jugak aku mendapat kerja baru. Suasana berbeza, namun tetap dengan matlamat...
Comments