Posts

Showing posts with the label Dear Diary

Dear Diary - 10.03.2011

Hahaha.... Dah masuk tahun 2011. Lama tak update blok... ops, blog daa... Nampaknye 'dear diary' dah jadi diari tahunan pulak. sememangnya aku jarang2 check blog ni. Kalau diikutkan sebenarnya banyak yang telah berlaku sepanjang tahun lepas, dan jugak tahun terkini. Telalu sibuk dengan kerja2 di pejabat, sampaikan terbawa-bawa sampai ke rumah. Emm... apa ye? Aha! Baru teringat. Antara yang masih aku ingat, 24.02.2011 yang lepas genap 2 tahun aku menjadi penjawat awam. pada tarikh itu aku masih belum membuat pengesahan jawatan. Pada hari yang sama, aku baru ambil peperiksaan perkhidmatan di Ipoh, 2 hari sebelum itu ujian menaip. Harap2 lulus hendaknya. Sebabnya, berlaku kekeliruan di antara peperiksaan awam jpa ngan kpm. Dah terdaftar online kat JPA, padahal kene daftar manual ke KPM. So bila tampai masa nak print tiket (Sesi 2 2010 dlm bulan Ogos 2010), barulah tahu tersalah daftar. Tu pun sebab check ngan member di sekolah lain, masa dan tempat peperiksaan ngan ujian tak sama

Dear Diary - 09.06.2010

Salam semua... Dah agak lama menyepi. Maklumlah, banyak keje katakan. Sering ketandusan idea di alam maya nie. Tapi, walau bagaimana pun, hidup mesti diteruskan. Dalam masa yang berlalu, banyak peristiwa, suka dan duka, susah dan senang, bersilih ganti. Memang tidak dinafikan ada kalanya semua ini secara langsung dan tidak langsung menjejaskan sedikit kehidupan ku ini. Tapi, aku reda dan menerima segala ketentuan dengan seadanya. Minggu depan, aku akan 'menyepikan' diri dari sekolah kerna menghadiri kursus induksi. 14/06 ~ 22/06. Sayonara, SKTB... :) All the best... Hahaha... Kelmarin nie aku dah selongkar balik baju2 lama, alhamdulillah, ada juga yg muat... Hehehehe.... Seronoknya. Satu2nye baju t-shirt kegemaranku (kenangan masa keje kat Balda : Ossian) yg asalnya diperolehi atas sebab nasib je, tu pun jenuh minta pasal mmg terlibat secara tak langsung dlm projek Ossian. Tak adil tul diorang nie. slalu je dipingirkan w/pun berhak :(... dahlah tu, saiz kecik jk dibandingkan ng

Dear Diary - 07.02.2010

Agak lama tidak menjenguk ke blog nie. Bukannya apa, agak sibuk kebelakangan ini. Kalau diikutkan, memang banyak nak diluahkan, namun masa tidak mengizinkan. Tambahan pula, aku ni bukannya jenis suka metulis panjang lebar. Itu salah satu daripada sebab mengapa aku gagal menjadi penulis (hehehehe... idea ada, tapi tak tau nak mula macam mana...) :) Apa, ya? Dalam sedar tak sedar, di saat ini adalah bulan Februari. Bulan yang meninggalkan banyak.... Aiseh, ade nyamuklah pulak kat depan skrin nie. Kejap, aku halau dulu.... Ok, dah pegi pun makhluk nie. Februari, meninggalkan banyak kenangan. Antaranya, aku menamatkan kerjayaku di tempat lama... 5 tahun di sana banyak menimba pengalaman bermakna. Dari sesuatu yang sukar, sehinggalah ke satu tahap yang melegakan. Dan begitulah turutan kehidupan, susah.... senang.... Lepas tu susah balik, dan seterusnya... Tension, memang tidak terkiralah.... Dan dalam bulan Februari jugak aku mendapat kerja baru. Suasana berbeza, namun tetap dengan matlamat

Dear DIary - 16.11.2009

Hari nie sama seperti hari2 yg tlh berlalu... Sibuk dgn tugasan di sekolah. Ada kalanya check balik skit PATSKOM. Harap2 takde masalah. Sesekali, check balik mana2 yang rasanya mesti diperbaiki. Hari nie juga aku dah semak semula kesemua pergerakan terimaan/bayaran rekod subsidiari. Memang pening jugak masa memula tu, maklumlah, rekod yang mencecah beratus-ratus baris panjangnya. Maunye tak pening. Itu baru rekod, belum lagi bila ada kuiri dari sesiapa yg nak tahu tentang pergerakan pendapatan/perbelanjaan, naya bila nak check balik satu2... terutamanya dalam fail baucer, buku Pesanan Sekolah, semuanya kena tally. Banyak form format menyebabkan kita tak dpt nak fokus pada apa yg sebenarnya dicari... :| [P/S : Sesiapa yg memiliki kerjaya sbg PT (kerani) - Buleh minta tips ke, guideline ke, krn diri nie baru je terjebak ke dlm dunia yg penuh cabaran, buleh ye.... Pls email me, so we can share the experience togather2 ye... Sorry, English tak beberapa bagus sngt] Semenjak ada Astro ni, ak

Dear Diary - 02.11.2009

30.10.09~31.10.09 - Aktiviti perkhemahan unit beruniform sk tanjong bidara. Aku bermalam di sek bersama-sama member (cikgu2) utk memantau aktiviti pelajar... bak kata dilla, camping, hujan, aircond, facebook... hehehe... hari nie... Sekolah cuti. memang lengang. Ingatkan betul2 lengang, rupa-rupanya ada juga cikgu2 datang ke sekolah. GB plan nak buat kelas tutorial CorelDraw. Rupa-rupanya banyak manfaat program nie. memang aku ada install program no kat leptop, tapi tak belajar cara2 nak guna. so mmg sia2 ajelah install. tapi takpe, skit2 sok taulah aku. hehehe... dlm seminggu yg lepas aku telah berjaya 'mengesan' member2 lama dari menengah sehinggalah masa uitm. semuanya gara2 facebook (fb). memula dr Leli, sampailah Rina. memang tak sangka. :) dulu2 manalah reti nak ber 'fb', maklumlah bz memanjang. sekarang ni hampir kesemuanya telah diketahui status masing2, kebanyakannya dah kahwin, lebih2 lagi sesama classmate. untuk member2 semua, semoga berada dalam keadaan siha

Dear Diary - 11.10.2009

Hari nie aku terpaksa ke Cyber Cafe melayari internet. Hari2 yg berlalu seperti biasa. Nasib baik PATSKOM dah siap. Tawakkal ajelah. Maklumla, kali pertama siapkan PATSKOM dengan apa yg ada. Ikut je tahun lepas. Semalam aku bermimpi arwah bapa. Memang tak dijangka, kerana memang aku tidak pernah bermimpi tentang hal ini semenjak arwah meninggal. Aku dapat lihat arwah tenang. Biarpun tanpa kata-kata, namun perlakuan yang arwah tunjukkan dapat aku fahami dengan jelasnya. Kami sekeluarga (bersama emak dan adik) berkumpul bersama sambil melakukan sesuatu, yang biasanya kami lakukan ketika arwah masih ada.... Sebelum arwah 'berlalu', aku tersedar yg kami tidak dapat bertemu selepas itu, lantas aku sempat memeluknya. Aku cuba bertanyakan sesuatu, tetapi aku sendiri pun tidak dapat luahkan ketika itu. Namun yang aku dapat rasakan, arwah memahami apa yang ingin aku katakan, seolah-olah terdengar yg arwah faham akan pertanyaan ku itu dan merestui apa jua yg aku ingin lakukan, kemudianny

Dear Diary – 07.10.2009

Hari nie seperti hari-hari yang berlalu… Memang sibuk. Deadline untuk PATSKOM semakin hampir. Nasib baik semuanya ok. Tapi risau gak, maklumlah ini kali pertama aku menyediakan penyata kewangan tahunan. Masih banyak yang perlu dipelajari. PATSKOM, antara perkara yang aku ambil kisah untuk menjadi pengukur kemampuanku dalam kerjaya ini… Memang kritikal sikit. Ada kalanya aku rasa tidak mampu untuk menghadapinya. Saat gentir seperti itu selalu terjadi dalam hidup aku. Nasib baik, kesudahannya agak bail dan melegakan. Hari raya Aidilfitri yang baru sahaja berlalu meninggalkan kesan yang mendalam buat diriku… Raya kali pertama tanpa arwah bapa di sisi. Dalam keadaan macam ni, memang terasa akan kehilangan arwah. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan emak. Kasihan pun ada. Hanya itulah kekuatan yang aku ada untuk teruskan kehidupan ini. Moga-moga roh arwah dirahmati dan ditempatkan di kalangan mereka yang Allah rahmati, amin… Dalam minggu nie jugak aku rasa macam nak sakit. Asyik2 bersin je

Dear Diary – 29.09.2009

Hari nie aku berkesempatan menimba pengetahuan baru – Mencipta post untuk blog dari Ms Word 2007. Memang aku tidak pernah menjangka semudah ini aku dapat lakukan. Tidak perlu bersusah payah membuka web browser, login ke blogger. Asalkan ada internet connection, semuanya ok! Kiranya aku memang ketinggalan. Tapi takpe, semuanya yang aku tahu akan aku ingat sampai bila2… Selagi aku tidak hilang ingatan. He… He… He… Hari nie, merupakan hari kedua aku mula bertugas selepas seminggu bercuti raya… Banyak perkara yang telah terjadi, dan yang pastinya kehilangan arwah bapa tersayang, memberikan kesan mendalam pada diriku. Ada ketika aku berasa hilang semangat, namun aku sedar, semuanya telah tertulis dalam takdir hidupku. Yang pergi tetap pergi, dan yang hidup harus meneruskan kehidupan ini, sehingga dijemput Ilahi. Semalam aku pergi ke Kursus Psikososial. Kiranya macam kaunseling lah jugak. Diikutkan memang aku tak nak pergi. Tapi disebabkan desakan keadaan, aku pergilah jua. Itulah 1 st time

Dear Diary - 15.09.2009

Image
[Dalam Kenangan, 17/04/1930 - 13/09/2009) Asalamualaikum, salam sejahtera buat semua.... Agak lama aku tidak mengemaskini blog nie, lantaran kesibukan dengan segala yang telah berlaku... 13 September 2009, satu tarikh yang tidak dapat aku lupakan, kerana pada jam 7.20 petang, bapa yang paling aku sayangi, ENCIK MAT BIN KETAWI, telah kembali ke rahmatullah. Arwah seorang bapa yang paling bermakna buat diriku. Dan yang membuatkan aku begitu hiba, melihat emak yang sentiasa berada dalam keadaan tenang, biarpun kehilangan suami yang tercinta. Cuma yang aku berasa terkilan, di saat terakhir arwah, aku telah melakukan banyak perkara yang menyakitkan hatinya. Manalah kita tahu perkara ini terjadi, kan. Tetapi, sebenarnya banyak perkara yang aku lalui dan ianya telah memberi petanda bahawa aku akan kehilangannya. Cuma hati ini sahaja yang sedar, namun hakikatnya apa yang ditunjukkan aku ada ketikanya agak melampau. Ini yang membuatkan aku berasa sedih sangat. Kali terakhir aku bersua dengan ar

Dear Diary - 08.08.2009

Hari ni aku berjalan-jalan di Ipoh. Biarpun poket 'kering', namun di hati terasa nak sangat pergi. Dengan budget yang sederhana, beradalah aku di sana... Lokasi pertama - Kompleks Yik Foong. Ingatkan nak pergi ke PC Fair kat Stadium Indera Mulia, tapi tu minggu depan. Lepas dapat apa yang aku nak sperti senarai di bawah, kira dah tak kisah lah pasal PC Fair... Beli USB Audio device Beli Headset Beli kabel telefon - untuk memastikan pergerakan dan susun atur sewaktu menggunakan streamyx seminimum yang boleh. Lokasi kedua - McDonald (Mengisi perut yang kosong... He he he...) Lokasi ketiga - Greentown Mall (Shopping skit2) Balik - sepatutnya plan nak balik ikut jadual bas (bas akhir dari parit kul 6 ptg) tetapi disebabkan budget terhad, maka tiada apa yang dapat dilakukan lagi. So sampailah aku ke Bota pada pukul 3.30 ptg. Nasib baik abang yang kebetulan balik kg, so takyah lee nak tunggu bas. (Pada masa tu, bas pul belum bertolak dari Teluk Intan, mau kering aku menunggunye...) J