Me, 2015....

Assalamualaikum.... Salam sejahtera semua....

Rasanya dah lama menyepikan diri... 4 thn rasanya.,, memencilkan diri dari dunia siber nie. Al-maklumlah, sibuk dgn tugasan di pejabat... :)

......
......
......

Apa ye, tak tau nak catat ape-ape pun. Yang pastinya, banyak hal berlaku dalam tempoh memencilkan diri nie... Sebab dah banyak hal aku update kat facebook... Sesekali munculkan diri di facebook, selebihnya banyak mendiamkan diri sahaja.

Yang pasti, kehidupan ini telah berubah.

"Dulu aku sendiri...... Kini aku sendiri...."

Ops, silap tu, kini aku bukannya sendiri, ada insan di sisi menemani... :) :) ... Mana nak tau, dalam duk sibuk2 dengan pelbagai urusan, akhirnya aku temui seseorang yang mampu mengetuk pintu hati...

Banyak hal berubah dalam sekelip mata. semuanya berbeza. Dulu apa yang nak dilakukan, semua keputusan yang ingin dibuat,.. Tapi sekarang berubah.... Nak ke mana-mana pun, mesti kene maklum. Semua keputusan mesti ada pandangan kedua... tapi bukan segala-galanya. Hanya menglibatkan kepentingan bersama barulah minta pendapat... Untuk diri sendiri, hanya Allah sahaja yang tahu.

Apapun, aku bersyukur dengan ketetapan ini. Semoga kebahagiaan yang aku bina bersama insan ini berkekalan hingga ke Jannah... Insha Allah....

Buat suami tercinta.... Mohd Amir Sabran Bin Mohd Alias.... 


Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.... Selagi hayat ini, cinta ini hanya milik abang seorang.... Biar apa pun yang terjadi dalam kehidaupan kita, sayang akan mempertahankan segala yang menjadi milik kita berdua.... Insha allah... semoga Allah merestui dan memberikan kekuatan untuk sayang mengharungi segalanya...



Tarikh-tarikh bermakna buatku...

15.05.2015 - Pertemuan pertama
31.05.2015 - Pertemua semula, menoktahkan ikatan yang bakal dibina
07.06.2015 - Secara rasmi ikatan janji dan restu dua keluarga
31.07.2015 - Secara rasmi ikatan sah sebagai suami isteri

Kelmarin...., 31.10.2015.....  Genap usia 3 bulan perkahwinanku bersama suami tercinta....







Comments

Popular posts from this blog

Dear DIary - 16.11.2009