Dear Diary – 07.10.2009
Hari nie seperti hari-hari yang berlalu… Memang sibuk. Deadline untuk PATSKOM semakin hampir. Nasib baik semuanya ok. Tapi risau gak, maklumlah ini kali pertama aku menyediakan penyata kewangan tahunan. Masih banyak yang perlu dipelajari. PATSKOM, antara perkara yang aku ambil kisah untuk menjadi pengukur kemampuanku dalam kerjaya ini… Memang kritikal sikit. Ada kalanya aku rasa tidak mampu untuk menghadapinya. Saat gentir seperti itu selalu terjadi dalam hidup aku. Nasib baik, kesudahannya agak bail dan melegakan.
Hari raya Aidilfitri yang baru sahaja berlalu meninggalkan kesan yang mendalam buat diriku… Raya kali pertama tanpa arwah bapa di sisi. Dalam keadaan macam ni, memang terasa akan kehilangan arwah. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan emak. Kasihan pun ada. Hanya itulah kekuatan yang aku ada untuk teruskan kehidupan ini. Moga-moga roh arwah dirahmati dan ditempatkan di kalangan mereka yang Allah rahmati, amin…
Dalam minggu nie jugak aku rasa macam nak sakit. Asyik2 bersin je. Hidung pun dah tersumbat. Selsema kot! J tapi nasib baik kerana setidak-tidaknya aku masih lagi mampu bernafas. Harap2 biarlah semua kerja kritikal minggu nie dapat diselesaikan sebelum aku jatuh sakit dengan lebih teruk… kalau boleh, biarlah sentiasa sihat selalu…
Dan dalam minggu nie jugak, sesuatu yang menarik terjadi. Sehelai t-shirt yang bertahun-tahun tersimpan dalam almari (padahal baru je beberapa bulan dipindahkan ke almari di bilik atas… J) sesajelah try, sebab aku tahu memang sendat giler macam pembalut nangka je sebelum ni. Memang aku tahu, masa memula dapat pun tak muat. Tak disangka-sangka, muatlah pulak. Ok je, walaupun agak sendat sikit, tapi memang ketara dari sebelum ni adalah dalam 2-3 tahun lepas. Memang teruja sikit. Maknanya, badan dah susut… seronoknya!!! Tapi berat still maintain. Nak buat camne, dah nasib. Tapi jauh di sudut hati, teringin gak nak dapatkan berat ideal. Mungkin silap aku selama ni, terlalu ingatkan nak turun je berat, tapi sebenarnya saiz yg turun dulu (berdasarkan pembacaan di forum2 kesihatan, siap promo produk lagi…) Entahlah, nak tahu rahsianya…. Tunggulah sehingga aku dah dapat berat/saiz ideal dulu baru bagitau. Bukannya apa, nanti kalau tak capai target, buat malu je. Setidak-tidaknya ada harapan, biarpun mengambil masa.
Sampai di sini dulu. Bye…
Comments