Menjangkau ke Luar Garisan, Demi Mereka...
Semakin hari kita tidak dapat elakkan diri dari cabaran kehidupan. Dalam apa jua situasi, kita tidak boleh menafikan @ menolak segala yang telah diberikan kepada kita. Misalnya, sebagai seorang pekerja, kita tidak dapat mengelak dari tugasan yang telah diberi. Biarpun sesukar mana tugasan itu, kita terpaksa melakukannya. Walaupun terpaksa berada di luar garisan yang telah menyelubungi langkah kita, tetapi kita perlu keluar dari belenggu tersebut, demi sesuatu yang memerlukan kita melakukannya...
Bagi aku, segala perubahan, tak kiralah sama ada tugasan itu bertambah ke, berkurangan ke (lagi kurang, lagilah suka... :) ) , atau beralih skop bidang tugas, semuanya kita harus lihat dari pelbagai perspektif. Tiada tugasan di dunia ini yang sempurna. Kesilapan boleh dielakkan, hanya kita tahu bagaiman untuk mengelakkannya. Kita harus mempelajari kesilapan itu sebagai satu titik untuk mengelakkannya dari berulang lagi. Seboleh-bolehnya biarlah kesilapan itu adalah yang pertama, dan sudah tentu merupakan yang terakhir.
Susah nak kata... Macam aku, baru2 ni terpaksa terima tugasan baru. Tugasan sebelum telah diberi kepada orang lain. Iyelah, Masa aku terima tugasan sebelum ni, keadaan memang sukar. Aku sendiri yang terpaksa memikirkan cara untuk memperbaiki keadaan dan menjadikan ia mudah dipraktikkan. Bermula dari 0, berpandukan sedikit info dari bos. Bentuk laporan yang dia ingin lihat, serta maklumat2 yang telah sedia ada dari format laporan terdahulu. Dan sekarang, format laporan yang aku buat itu menjadi mudah. Masa yang diambil untuk menyiapkannya semakin singkat... Bahkan, semakin ramai ingin menatap laporan itu.... (dari apa yang ku lihat, senarai untuk cc semakin bertambah. He.... He... He....)
Dari apa yang aku lihat dengan cara dahulu, masa yang diambil memang agak lama... Tetapi dengan cara aku, hampir separuh masa sebenar dapat dijimatkan Walaupun begitu, masalah yang masih tidak dapat diatasi adalah data sebenar yang diperolehi, sering terdapat ralat... Hanya pihak yang bertanggungjawab dalam pengumpulan, dan selia data2 tersebut seharusnya tahu apa yang dia perlu lakukan. Dan sekarang, aku serahkan kepada orang yang bakal meneruskan tugas ini dengan sewajarnya. Biar dia pula yang selesaikan ralat ni... ;)
Bukan untuk membanggakan diri, tapi itulah realitinya. Bagaiman untuk melakukannya, semuanya datang dari dalam kesedaran diri. Keadaan sekeliling memberikan inspirasi dan ilham, serta pengalaman dalam penggunaan setiap aplikasi perisian, itulah rahsianya. Dan yang paling penting, Allah sentiasa melihat dan tahu akan kesungguhan yang ada dalam diriku untuk teruskan perjuangan kehidupan ini. Dan semuanya tugasan yang telah aku lakukan dan masih sedang lakukan, mengikut kaedah @ cara tersendiri. Demi meningkatkan kerjaya dan keyakinan diri dalam tugasan yang diberi.............
Dan untuk tugasan yang akan datang, sebenarnya tidaklah sesukar mana. Dan ia juga sama seperti tugasan aku yang pertama selepas aku dipilih menjadi clerk, iaitu kira-kira 4 tahun yang lepas. Semuannya berkaitan dengan Baan. Cuma yang membezakan antara kedua-duanya, hanyalah masa, keadaan dan persekitaran. Persekitaran sekarang memang sukar, dan aku dapat membayangkan keadaan diriku selepas melaksanakannya. Dokumen yang tinggi bak KLCC menanti untuk dilaksanakan. Semua dokumen terkumpul dari pagi ke petang, dan dari petang sampailah ke pagi esoknya (sebab production jalan 24 jam, 2 shif. Banyak transaksi dokumen yang berjalan.).
Nampaknya, mungkin dalam beberapa bulan akan datang, kemungkinan besar banyak perubahan yang akan berlaku.... Sukar untuk diramalkan sekarang. Aku hanya harapkan semuanya yang aku lakukan ini berbaloi dan setimpal.... Just wait & see...

Comments