Posts

Showing posts from October 11, 2009

Dear Diary - 11.10.2009

Hari nie aku terpaksa ke Cyber Cafe melayari internet. Hari2 yg berlalu seperti biasa. Nasib baik PATSKOM dah siap. Tawakkal ajelah. Maklumla, kali pertama siapkan PATSKOM dengan apa yg ada. Ikut je tahun lepas. Semalam aku bermimpi arwah bapa. Memang tak dijangka, kerana memang aku tidak pernah bermimpi tentang hal ini semenjak arwah meninggal. Aku dapat lihat arwah tenang. Biarpun tanpa kata-kata, namun perlakuan yang arwah tunjukkan dapat aku fahami dengan jelasnya. Kami sekeluarga (bersama emak dan adik) berkumpul bersama sambil melakukan sesuatu, yang biasanya kami lakukan ketika arwah masih ada.... Sebelum arwah 'berlalu', aku tersedar yg kami tidak dapat bertemu selepas itu, lantas aku sempat memeluknya. Aku cuba bertanyakan sesuatu, tetapi aku sendiri pun tidak dapat luahkan ketika itu. Namun yang aku dapat rasakan, arwah memahami apa yang ingin aku katakan, seolah-olah terdengar yg arwah faham akan pertanyaan ku itu dan merestui apa jua yg aku ingin lakukan, kemudianny