Saturday, August 8, 2009

Dear Diary - 08.08.2009

Hari ni aku berjalan-jalan di Ipoh. Biarpun poket 'kering', namun di hati terasa nak sangat pergi. Dengan budget yang sederhana, beradalah aku di sana...

Lokasi pertama - Kompleks Yik Foong. Ingatkan nak pergi ke PC Fair kat Stadium Indera Mulia, tapi tu minggu depan. Lepas dapat apa yang aku nak sperti senarai di bawah, kira dah tak kisah lah pasal PC Fair...
  1. Beli USB Audio device
  2. Beli Headset
  3. Beli kabel telefon - untuk memastikan pergerakan dan susun atur sewaktu menggunakan streamyx seminimum yang boleh.

Lokasi kedua - McDonald (Mengisi perut yang kosong... He he he...)

Lokasi ketiga - Greentown Mall (Shopping skit2)

Balik - sepatutnya plan nak balik ikut jadual bas (bas akhir dari parit kul 6 ptg) tetapi disebabkan budget terhad, maka tiada apa yang dapat dilakukan lagi. So sampailah aku ke Bota pada pukul 3.30 ptg. Nasib baik abang yang kebetulan balik kg, so takyah lee nak tunggu bas. (Pada masa tu, bas pul belum bertolak dari Teluk Intan, mau kering aku menunggunye...) Jadi kalau nak balik naik bas akhir dari parit sekurang-kurangnya aku kena bertolak dari ipoh kul 5.00 ptg.

So ketika post ini ditulis, aku telah pun membuat pemasangan sendiri kabel telefon nie... Simple je, janji kemas!!