Dear Diary - 10.03.2011

Hahaha....

Dah masuk tahun 2011. Lama tak update blok... ops, blog daa...

Nampaknye 'dear diary' dah jadi diari tahunan pulak. sememangnya aku jarang2 check blog ni. Kalau diikutkan sebenarnya banyak yang telah berlaku sepanjang tahun lepas, dan jugak tahun terkini. Telalu sibuk dengan kerja2 di pejabat, sampaikan terbawa-bawa sampai ke rumah.

Emm... apa ye? Aha! Baru teringat. Antara yang masih aku ingat, 24.02.2011 yang lepas genap 2 tahun aku menjadi penjawat awam. pada tarikh itu aku masih belum membuat pengesahan jawatan. Pada hari yang sama, aku baru ambil peperiksaan perkhidmatan di Ipoh, 2 hari sebelum itu ujian menaip. Harap2 lulus hendaknya. Sebabnya, berlaku kekeliruan di antara peperiksaan awam jpa ngan kpm. Dah terdaftar online kat JPA, padahal kene daftar manual ke KPM. So bila tampai masa nak print tiket (Sesi 2 2010 dlm bulan Ogos 2010), barulah tahu tersalah daftar. Tu pun sebab check ngan member di sekolah lain, masa dan tempat peperiksaan ngan ujian tak sama. Nak tak nak, pegilah jugak peperiksaan JPA.

Kronologi perkhidmatan :-

1) Lantikan (25.02.2009)
2) Induksi (22.06.2010)
3) Tapisan Keselamatan (Keputusan Julai 2010)
4) Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Ambilan 1/2010 - Under KPM [Bahagian I, II & III - TH]
(Ni 1 hal pulak. Dah mendaftar, tapi terlepas pandang pulak. Ingatkan tak dapat ambil. Dah terlepas. Tau2 je sampai result ke pejabat. Sedeh tul...)
5) Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Ambilan 2/2010 - Under JPA [Bahagian B & C - Lulus, Bahagian A - Tidak mendaftar])
6) Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Ambilan 1/2011) - Under KPM [Masih menanti.....]


Comments

Popular posts from this blog

Dear DIary - 16.11.2009

Me, 2015....