Saturday, February 6, 2010

Dear Diary - 07.02.2010

Agak lama tidak menjenguk ke blog nie. Bukannya apa, agak sibuk kebelakangan ini. Kalau diikutkan, memang banyak nak diluahkan, namun masa tidak mengizinkan. Tambahan pula, aku ni bukannya jenis suka metulis panjang lebar. Itu salah satu daripada sebab mengapa aku gagal menjadi penulis (hehehehe... idea ada, tapi tak tau nak mula macam mana...)

:)

Apa, ya?

Dalam sedar tak sedar, di saat ini adalah bulan Februari. Bulan yang meninggalkan banyak.... Aiseh, ade nyamuklah pulak kat depan skrin nie. Kejap, aku halau dulu.... Ok, dah pegi pun makhluk nie.

Februari, meninggalkan banyak kenangan. Antaranya, aku menamatkan kerjayaku di tempat lama... 5 tahun di sana banyak menimba pengalaman bermakna. Dari sesuatu yang sukar, sehinggalah ke satu tahap yang melegakan. Dan begitulah turutan kehidupan, susah.... senang.... Lepas tu susah balik, dan seterusnya... Tension, memang tidak terkiralah....

Dan dalam bulan Februari jugak aku mendapat kerja baru. Suasana berbeza, namun tetap dengan matlamat yang sama; mencari rezeki menampung kehidupan...

Itu setahun lepas... diharap moga hari2 mendatang memberikan semangat dan kekuatan dalam aku meneruskan perjuangan ini...

No comments: