Wednesday, June 9, 2010

Dear Diary - 09.06.2010

Salam semua...

Dah agak lama menyepi. Maklumlah, banyak keje katakan. Sering ketandusan idea di alam maya nie. Tapi, walau bagaimana pun, hidup mesti diteruskan.

Dalam masa yang berlalu, banyak peristiwa, suka dan duka, susah dan senang, bersilih ganti. Memang tidak dinafikan ada kalanya semua ini secara langsung dan tidak langsung menjejaskan sedikit kehidupan ku ini. Tapi, aku reda dan menerima segala ketentuan dengan seadanya.

Minggu depan, aku akan 'menyepikan' diri dari sekolah kerna menghadiri kursus induksi. 14/06 ~ 22/06. Sayonara, SKTB... :) All the best...

Hahaha... Kelmarin nie aku dah selongkar balik baju2 lama, alhamdulillah, ada juga yg muat... Hehehehe.... Seronoknya. Satu2nye baju t-shirt kegemaranku (kenangan masa keje kat Balda : Ossian) yg asalnya diperolehi atas sebab nasib je, tu pun jenuh minta pasal mmg terlibat secara tak langsung dlm projek Ossian. Tak adil tul diorang nie. slalu je dipingirkan w/pun berhak :(... dahlah tu, saiz kecik jk dibandingkan ngan empunya diri nie...

Apapun, memang ada perubahan. Hepi sangat! :) Tapi bila dah pegi kursus nanti, habislah... hope dpt maintain keadaan sekarang...

Saturday, February 6, 2010

Dear Diary - 07.02.2010

Agak lama tidak menjenguk ke blog nie. Bukannya apa, agak sibuk kebelakangan ini. Kalau diikutkan, memang banyak nak diluahkan, namun masa tidak mengizinkan. Tambahan pula, aku ni bukannya jenis suka metulis panjang lebar. Itu salah satu daripada sebab mengapa aku gagal menjadi penulis (hehehehe... idea ada, tapi tak tau nak mula macam mana...)

:)

Apa, ya?

Dalam sedar tak sedar, di saat ini adalah bulan Februari. Bulan yang meninggalkan banyak.... Aiseh, ade nyamuklah pulak kat depan skrin nie. Kejap, aku halau dulu.... Ok, dah pegi pun makhluk nie.

Februari, meninggalkan banyak kenangan. Antaranya, aku menamatkan kerjayaku di tempat lama... 5 tahun di sana banyak menimba pengalaman bermakna. Dari sesuatu yang sukar, sehinggalah ke satu tahap yang melegakan. Dan begitulah turutan kehidupan, susah.... senang.... Lepas tu susah balik, dan seterusnya... Tension, memang tidak terkiralah....

Dan dalam bulan Februari jugak aku mendapat kerja baru. Suasana berbeza, namun tetap dengan matlamat yang sama; mencari rezeki menampung kehidupan...

Itu setahun lepas... diharap moga hari2 mendatang memberikan semangat dan kekuatan dalam aku meneruskan perjuangan ini...