Posts

Showing posts from October 7, 2009

Dear Diary – 07.10.2009

Hari nie seperti hari-hari yang berlalu… Memang sibuk. Deadline untuk PATSKOM semakin hampir. Nasib baik semuanya ok. Tapi risau gak, maklumlah ini kali pertama aku menyediakan penyata kewangan tahunan. Masih banyak yang perlu dipelajari. PATSKOM, antara perkara yang aku ambil kisah untuk menjadi pengukur kemampuanku dalam kerjaya ini… Memang kritikal sikit. Ada kalanya aku rasa tidak mampu untuk menghadapinya. Saat gentir seperti itu selalu terjadi dalam hidup aku. Nasib baik, kesudahannya agak bail dan melegakan. Hari raya Aidilfitri yang baru sahaja berlalu meninggalkan kesan yang mendalam buat diriku… Raya kali pertama tanpa arwah bapa di sisi. Dalam keadaan macam ni, memang terasa akan kehilangan arwah. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan emak. Kasihan pun ada. Hanya itulah kekuatan yang aku ada untuk teruskan kehidupan ini. Moga-moga roh arwah dirahmati dan ditempatkan di kalangan mereka yang Allah rahmati, amin… Dalam minggu nie jugak aku rasa macam nak sakit. Asyik2 bersin je