Posts

Showing posts from September 15, 2009

Dear Diary - 15.09.2009

Image
[Dalam Kenangan, 17/04/1930 - 13/09/2009) Asalamualaikum, salam sejahtera buat semua.... Agak lama aku tidak mengemaskini blog nie, lantaran kesibukan dengan segala yang telah berlaku... 13 September 2009, satu tarikh yang tidak dapat aku lupakan, kerana pada jam 7.20 petang, bapa yang paling aku sayangi, ENCIK MAT BIN KETAWI, telah kembali ke rahmatullah. Arwah seorang bapa yang paling bermakna buat diriku. Dan yang membuatkan aku begitu hiba, melihat emak yang sentiasa berada dalam keadaan tenang, biarpun kehilangan suami yang tercinta. Cuma yang aku berasa terkilan, di saat terakhir arwah, aku telah melakukan banyak perkara yang menyakitkan hatinya. Manalah kita tahu perkara ini terjadi, kan. Tetapi, sebenarnya banyak perkara yang aku lalui dan ianya telah memberi petanda bahawa aku akan kehilangannya. Cuma hati ini sahaja yang sedar, namun hakikatnya apa yang ditunjukkan aku ada ketikanya agak melampau. Ini yang membuatkan aku berasa sedih sangat. Kali terakhir aku bersua dengan ar