Sunday, May 31, 2009

Impian L

Disebabkan kerja, aku terpaksa mengambil lesen. Takkan nak harapkan orang hantar & ambil je. Kira dah terdesak laa tu. Masa keje kilang, aku tak kisah sbb rumah dekat. Tapi sekarang ni tak boleh tak kisah. Nak naik bas, alamat lambatlah masuk keje.

Lepas dengar ceramah KPP (5 jam), ujian komputer (dapat 43 je, kira okeylah tu dari ulang, kan!) masuk ceramah motor ngan kereta (masing2 6 jam), dan akhirnya dapatlah 'L'

Hari ni aku pergi kelas praktikal motor, untuk kali ke-2. Hah, susah tul! Ingatkan senang, tapi memang tercabar tul. Sampaikan terganggu laa kejap emosi nie... Masa 1st time dulu, memang pening skit. kali ke-2 ni, kira adelah kemajuan dari yang lepas. Walaupun aku memang dah bawak motor pergi-balik setiap hari, namun apa yang ada di litar tidak sama dengan jalan raya sebenar.

Part yang agak sukar masa kat litar; (1) Titi, (2) Sekeloh tajam. Kelemahan ketara, masa di selekoh, terutamanya ke kanan. Tadi, masa kat kon, aku terlanggar tiang. bukannya langgar, tapi terselisih sikit je. Konon2 tu nak dekat ngan tiang tu. Lepas tu barulah aku tahu, ia cuma plastik paip yg disimen di bahagian bawah je. lawak tu, malu pun ada. rasanya tak pernah lagi ada orang melanggar kon tu.

Yang peliknya, masa round awak pagi, ade je yg tak kena. Tapi bila dekat2 tengah hari okey lak. Disebabkan panas, menyebabkan terjejas laa sikit daya tumpuan. Walau apa pun, semuanya kena ditempuh, sama ada kita suka atau tidak, kan??

Wish me luck!! ;)