Dear Diary - 02.11.2009

30.10.09~31.10.09 - Aktiviti perkhemahan unit beruniform sk tanjong bidara. Aku bermalam di sek bersama-sama member (cikgu2) utk memantau aktiviti pelajar... bak kata dilla, camping, hujan, aircond, facebook... hehehe...

hari nie... Sekolah cuti. memang lengang. Ingatkan betul2 lengang, rupa-rupanya ada juga cikgu2 datang ke sekolah. GB plan nak buat kelas tutorial CorelDraw. Rupa-rupanya banyak manfaat program nie. memang aku ada install program no kat leptop, tapi tak belajar cara2 nak guna. so mmg sia2 ajelah install. tapi takpe, skit2 sok taulah aku. hehehe...

dlm seminggu yg lepas aku telah berjaya 'mengesan' member2 lama dari menengah sehinggalah masa uitm. semuanya gara2 facebook (fb). memula dr Leli, sampailah Rina. memang tak sangka. :) dulu2 manalah reti nak ber 'fb', maklumlah bz memanjang. sekarang ni hampir kesemuanya telah diketahui status masing2, kebanyakannya dah kahwin, lebih2 lagi sesama classmate. untuk member2 semua, semoga berada dalam keadaan sihat walafiat, ceria dan berbahagia dengan apa jua yg kalian lalui sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

Dear DIary - 16.11.2009

Me, 2015....