Dear Diary - 15.09.2009



[Dalam Kenangan, 17/04/1930 - 13/09/2009)




Asalamualaikum, salam sejahtera buat semua....

Agak lama aku tidak mengemaskini blog nie, lantaran kesibukan dengan segala yang telah berlaku...

13 September 2009, satu tarikh yang tidak dapat aku lupakan, kerana pada jam 7.20 petang, bapa yang paling aku sayangi, ENCIK MAT BIN KETAWI, telah kembali ke rahmatullah. Arwah seorang bapa yang paling bermakna buat diriku. Dan yang membuatkan aku begitu hiba, melihat emak yang sentiasa berada dalam keadaan tenang, biarpun kehilangan suami yang tercinta.

Cuma yang aku berasa terkilan, di saat terakhir arwah, aku telah melakukan banyak perkara yang menyakitkan hatinya. Manalah kita tahu perkara ini terjadi, kan. Tetapi, sebenarnya banyak perkara yang aku lalui dan ianya telah memberi petanda bahawa aku akan kehilangannya. Cuma hati ini sahaja yang sedar, namun hakikatnya apa yang ditunjukkan aku ada ketikanya agak melampau. Ini yang membuatkan aku berasa sedih sangat.

Kali terakhir aku bersua dengan arwah, itu pun ketika arwah mengingatkan aku agar membakar ubat nyamuk. Selepas itu, aku hanya berlalu di luar biliknya, sedangkan mungkin pada masa itu JIKA aku berada di sisinya, tentu hal ini tidak akan terjadi. Itulah yang paling aku terkilan sangat. ianya cuma terjadi lebih kurang setengah jam selepas perbualan terakhir kami...

Yang paling menyedihkan hati ini, kerana akulah orang yang dapat merasai detik-detik terakhir arwah. Arwah tidak sedarkan diri ketika aku menyedari keadaanya ketika itu. Aku sempat memangku arwah, memanggil-manggilnya sambil berharap agar arwah sedar. Di saat itu, hati ini benar-benar bimbang. Namun suratan tertulis, akhirnya arwah disahkan telah tiada ketika petugas ambulan yang dipanggil tiba di rumah.

Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Ada kalanya, aku menangis sendirian. Namun aku harus tabah, kerana emak. biarpun aku sendirian seumur hidup ini, namun demi emak, aku rela....

Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan hamba-Nya yang dia rahmati. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Dear DIary - 16.11.2009

Me, 2015....