Posts

Showing posts from September, 2009

Dear Diary – 29.09.2009

Hari nie aku berkesempatan menimba pengetahuan baru – Mencipta post untuk blog dari Ms Word 2007. Memang aku tidak pernah menjangka semudah ini aku dapat lakukan. Tidak perlu bersusah payah membuka web browser, login ke blogger. Asalkan ada internet connection, semuanya ok! Kiranya aku memang ketinggalan. Tapi takpe, semuanya yang aku tahu akan aku ingat sampai bila2… Selagi aku tidak hilang ingatan. He… He… He… Hari nie, merupakan hari kedua aku mula bertugas selepas seminggu bercuti raya… Banyak perkara yang telah terjadi, dan yang pastinya kehilangan arwah bapa tersayang, memberikan kesan mendalam pada diriku. Ada ketika aku berasa hilang semangat, namun aku sedar, semuanya telah tertulis dalam takdir hidupku. Yang pergi tetap pergi, dan yang hidup harus meneruskan kehidupan ini, sehingga dijemput Ilahi. Semalam aku pergi ke Kursus Psikososial. Kiranya macam kaunseling lah jugak. Diikutkan memang aku tak nak pergi. Tapi disebabkan desakan keadaan, aku pergilah jua. Itulah 1 st time

Dear Diary - 15.09.2009

Image
[Dalam Kenangan, 17/04/1930 - 13/09/2009) Asalamualaikum, salam sejahtera buat semua.... Agak lama aku tidak mengemaskini blog nie, lantaran kesibukan dengan segala yang telah berlaku... 13 September 2009, satu tarikh yang tidak dapat aku lupakan, kerana pada jam 7.20 petang, bapa yang paling aku sayangi, ENCIK MAT BIN KETAWI, telah kembali ke rahmatullah. Arwah seorang bapa yang paling bermakna buat diriku. Dan yang membuatkan aku begitu hiba, melihat emak yang sentiasa berada dalam keadaan tenang, biarpun kehilangan suami yang tercinta. Cuma yang aku berasa terkilan, di saat terakhir arwah, aku telah melakukan banyak perkara yang menyakitkan hatinya. Manalah kita tahu perkara ini terjadi, kan. Tetapi, sebenarnya banyak perkara yang aku lalui dan ianya telah memberi petanda bahawa aku akan kehilangannya. Cuma hati ini sahaja yang sedar, namun hakikatnya apa yang ditunjukkan aku ada ketikanya agak melampau. Ini yang membuatkan aku berasa sedih sangat. Kali terakhir aku bersua dengan ar