Life Review - 22 July 2009

Dah 2 minggu lebih selepas insiden jatuh motor berlalu. Luka tempoh hari telah pun sembuh. Tapi kadang-kala rasa lain dari sebelum insiden itu, kerana mungkin disebabkan benang jahitan yang telah pun mereput di bawah permukaan bibir, rasa macam benjol lah sikit. Biasalah, mana ada yang sama sebelum dan selepas, kan!

Nak kata trauma, tak boleh jugak. Sebab kalau trauma, langsung tak boleh sentuh sesuatu yang menyebabkan insiden itu berlaku. Tapi bagi aku, hidup mesti diteruskan. Nak tak nak, terpaksalah juga bawak motor ke tempat kerja. Melainkan kalau aku ada kerete.... Tapi, macam mana nak ada kereta sedangkan lesen P pun takde??

Sekarang ni aku dalam proses belajar membawa kereta pulak. Semalam dah 4 kali aku belajar. Kesedaran ini timbul setelah menyedari lesen L masih ada kurang 3 minggu lagi nak expired. Padahal, perancangan awal nak dapatkan P sebelum L expired. Nampaknya, terpaksalah renew jugal L sebab dah tak sempat dapat P. Nak buat macam mana, asik2 sibuk jee memanjang, ditambah pula dengan insiden yang telah berlaku, menyebabkan aku terlupa pasal ni.

Comments

Popular posts from this blog

Dear DIary - 16.11.2009

Me, 2015....