Posts

Showing posts from July, 2009

Life Review - 22 July 2009

Dah 2 minggu lebih selepas insiden jatuh motor berlalu. Luka tempoh hari telah pun sembuh. Tapi kadang-kala rasa lain dari sebelum insiden itu, kerana mungkin disebabkan benang jahitan yang telah pun mereput di bawah permukaan bibir, rasa macam benjol lah sikit. Biasalah, mana ada yang sama sebelum dan selepas, kan! Nak kata trauma, tak boleh jugak. Sebab kalau trauma, langsung tak boleh sentuh sesuatu yang menyebabkan insiden itu berlaku. Tapi bagi aku, hidup mesti diteruskan. Nak tak nak, terpaksalah juga bawak motor ke tempat kerja. Melainkan kalau aku ada kerete.... Tapi, macam mana nak ada kereta sedangkan lesen P pun takde?? Sekarang ni aku dalam proses belajar membawa kereta pulak. Semalam dah 4 kali aku belajar. Kesedaran ini timbul setelah menyedari lesen L masih ada kurang 3 minggu lagi nak expired. Padahal, perancangan awal nak dapatkan P sebelum L expired. Nampaknya, terpaksalah renew jugal L sebab dah tak sempat dapat P. Nak buat macam mana, asik2 sibuk jee memanjang, dita

Jatuh Motor ;(

Jatuh... Hari Rabu yang lepas hari pertama dalam bulan Julai 2009, aku jatuh... Jatuh motor. Sakit? Tidak terperi rasanya. Diikutkan, memanglah trauma. Masa tu aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Entah mengapa, tiba-tiba aku hilang kawalan sewantu nak masuk ke simpang. Nasib baik takde kereta lain langgar, kalau tak dah jadi arwah @ o.k.u. laa agaknya. Faktor penyebab? Ada banyak kemungkinan; (1) Terlalu laju - nak cepat kononnya; (2) Jalan basah - sebab malam sebelum tu memang hujan lebat giler; (3) Keadaan motor - selalu ada orang yang checkkan; (4) Ingkar prosedur - tidak menggunakan kemudahan brek dengan sewajarnya (4) Dan lain-lain yang berkaitan Akibat dan kesakitan yang terpaksa ditanggung ; Luka kecil pada kaki kanan, lutut kanan, pinggang kanan(lebam2 - semalam beru sedar). Itu semuanya taklah aku kisah sangat, tapi yang paling perit, bibir bawah kanan cedera teruk - kena jahit . 2-3 jahitan. Memang perit... Perit... Perit... Nak makan pun susah, bercakap pun susah, muka pun