Kisah Berlalu...


Salam sejahtera untuk semua yang menatap coretan aku. Rasa-rasanya dah lama aku tidak menjenguk ke sini. Masa yang ada tidak dapat menatap blog kesayangan ku ini.


Dalam post yang sebelum ini, aku pernah luahkan betapa sukarnya untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil. Pergi temuduga dah banyak kali, satu pun tidak dapat. Frust jugak, sekian lama tidak menerima apa-apa tawaran.

Tapi, kini semuanya telah berubah. Aku telah berhenti kerja. Tempat kerja lama memberi peluang kepada staf untuk VSS. Mulanya aku ragu-ragu, tetapi hati ini kuat menyatakan yang aku harus mengambilnya. Dan akhirnya aku ambil juga walaupun berasa was-was. Biarpun ada peluang untuk meneruskan kerjaya di sini, namun sesuatu yang aku tidak menduga terjadi.

Aku menerima tawaran kerja! Aku tidak percaya, disaat aku tidak mengharapkan temuduga yang aku hadiri dahulu akhirnya membuahkan hasil. Jawatan PT dalam kerajaan. Aku bersyukur kerana akhirnya berjaya juga mendapat kerjaya yang aku inginkan. Biarpun bukan bidang yang pernah aku minati suatu ketika dahulu, namun aku pasrah. Asalkan dapat menstabilkan kehidupanku, aku tidak kisah untuk memulakannya sekali lagi. Mak aku gembira.

Dan dengan adanya peluang kerja baru, aku semakin yakin untuk melalui hari-hari mendatang. Biarpun ada dua peluang untuk jawatan yang sama, membuatkan aku terpaksa memilih. Dan pilihan aku kini, berada di sekolah. Aku berusaha untuk majukan diri, biarpun agak sukar pada mulanya.

Wish me luck!!

Mood : ;)


Comments

Cikgu ILi said…
Cantiknye blog dia...
Kak Sally ni misteri orangnya, tp dlm diam pandai menulis.
*Clap*Clap*

Popular posts from this blog

Dear DIary - 16.11.2009

Me, 2015....