Posts

Showing posts from May, 2009

Impian L

Disebabkan kerja, aku terpaksa mengambil lesen. Takkan nak harapkan orang hantar & ambil je. Kira dah terdesak laa tu. Masa keje kilang, aku tak kisah sbb rumah dekat. Tapi sekarang ni tak boleh tak kisah. Nak naik bas, alamat lambatlah masuk keje. Lepas dengar ceramah KPP (5 jam), ujian komputer (dapat 43 je, kira okeylah tu dari ulang, kan!) masuk ceramah motor ngan kereta (masing2 6 jam), dan akhirnya dapatlah 'L' Hari ni aku pergi kelas praktikal motor, untuk kali ke-2. Hah, susah tul! Ingatkan senang, tapi memang tercabar tul. Sampaikan terganggu laa kejap emosi nie... Masa 1st time dulu, memang pening skit. kali ke-2 ni, kira adelah kemajuan dari yang lepas. Walaupun aku memang dah bawak motor pergi-balik setiap hari, namun apa yang ada di litar tidak sama dengan jalan raya sebenar. Part yang agak sukar masa kat litar; (1) Titi, (2) Sekeloh tajam. Kelemahan ketara, masa di selekoh, terutamanya ke kanan. Tadi, masa kat kon, aku terlanggar tiang. bukannya langgar, tapi

Kisah Berlalu...

Salam sejahtera untuk semua yang menatap coretan aku. Rasa-rasanya dah lama aku tidak menjenguk ke sini. Masa yang ada tidak dapat menatap blog kesayangan ku ini. Dalam post yang sebelum ini, aku pernah luahkan betapa sukarnya untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil. Pergi temuduga dah banyak kali, satu pun tidak dapat. Frust jugak, sekian lama tidak menerima apa-apa tawaran. Tapi, kini semuanya telah berubah. Aku telah berhenti kerja. Tempat kerja lama memberi peluang kepada staf untuk VSS. Mulanya aku ragu-ragu, tetapi hati ini kuat menyatakan yang aku harus mengambilnya. Dan akhirnya aku ambil juga walaupun berasa was-was. Biarpun ada peluang untuk meneruskan kerjaya di sini, namun sesuatu yang aku tidak menduga terjadi. Aku menerima tawaran kerja! Aku tidak percaya, disaat aku tidak mengharapkan temuduga yang aku hadiri dahulu akhirnya membuahkan hasil. Jawatan PT dalam kerajaan. Aku bersyukur kerana akhirnya berjaya juga mendapat kerjaya yang aku inginkan. Biarpun bukan bidang yan