Tuesday, September 9, 2008

Al-kisah... Temuduga...

Semalam aku telah pun menghadiri suatu temuduga untuk kekosongan di SPA. Rasa-rasanya, dah kali ke-5 @ 6 pergi interview. Dah memang bukan rezeki aku agaknya.

Tapi kali ini, nampaknya ada harapan sedikit (kot?).

Aku dah cuba sedaya-upaya untuk kali ini, harapan aku agar aku mendapat kerja ini. Biarpun bukan kerjaya idaman, namun berdasarkan pengalaman dan kebolehan yang telah aku lalui selama ini, moga-moga ada peluang untuk aku kali ini.

Kali ini memang tak sama seperti masa-masa yang lepas. Aku berasa lebih berkeyakinan, biarpun pada mulanya agak gementar. Aku cuba tonjolkan kemampuan aku untuk menarik perhatian penemuduga untuk memasukkan aku ke dalam senarai top-2k (kekosongan = 2k, simpanan = 3k; interview = 10k++... k=ribu).

Nak kata buat persedian gila-gila tu, aku taklah orang begitu. Nota memang ada (cari kat internet), tapi aku sendiri tidak pasti apa yang sepatutnya tahu apa yang akan ditanya. Lain yang dibaca, lain pulak yang ditanya.

Sebenarnya, aku agak ragu-ragu juga sebelum masuk ke bilik temuduga. Iyelah, yang datang kebanyakannya jauh berpengalaman dalam jawatan tersebut, terutamanya memang 'pro' dan tahu selok-belok jawatan itu dengan baik. Bukannya macam aku, hanya kerani kilang biasa... Pulak tu, siap ada nota di tangan. Rasa macam nak pergi untuk ujian lisan pulak!

Walau bagaimanapun, apa yang telah aku lalui ini, hanya berserah kepada Allah, semoga ada peluang di sebalik keberkatan bulan Ramadhan ini.