Posts

Showing posts from May 25, 2008

NaSiB hAwA Di zAmAn InI....

Dua keadaan nasib Hawa, Menjadi mangsa, Menjadi pemangsa, Yang mangsa, Sering ditindas, Jenayah kian menjadi-jadi, Menyebabkan kesengsaraan, Dan penderitaan sepanjang hayat.... Yang mangsa, Sering dipergunakan, Untuk kepentingan duniawi, Meskipun tiada kaitan, Hanya dia Hawa, Semuanya pasti beres! Yang mangsa, Sering dicurangi, Biarpun pengorbanan dicurah, Biarpun telah diberi segala-galanya, Namun kesetiaan dihumban, Ke dalam lubuk yang gelap... Yang pemangsa, Tidak mahu menjaga diri, Terdedah sana, terdedah sini, Sanggup mencetuskan nyalaan bara, Biarpun di bibir sering menafikan, Hanya yang memandang cuma mampu menilai... Yang pemangsa, Sanggup mengetepikan hak diri, Untuk dihormati, dilindungi, Demi melihat taburan wang, Yang tiada terhingga, Demi kemewahan duniawi, Segala-galanya tergadai........ Yang pemangsa Demi kesenangan dan kemewahan, Sanggup melihat kehancuran kaumnya sendiri, Merampas kasih sayangnya secara paksa, Bangga kerana dialah yang terhebat, Sehingga tersungkurlah