Posts

Showing posts from May 24, 2008

Menjangkau ke Luar Garisan, Demi Mereka...

Semakin hari kita tidak dapat elakkan diri dari cabaran kehidupan. Dalam apa jua situasi, kita tidak boleh menafikan @ menolak segala yang telah diberikan kepada kita. Misalnya, sebagai seorang pekerja, kita tidak dapat mengelak dari tugasan yang telah diberi. Biarpun sesukar mana tugasan itu, kita terpaksa melakukannya. Walaupun terpaksa berada di luar garisan yang telah menyelubungi langkah kita, tetapi kita perlu keluar dari belenggu tersebut, demi sesuatu yang memerlukan kita melakukannya... Bagi aku, segala perubahan, tak kiralah sama ada tugasan itu bertambah ke, berkurangan ke (lagi kurang, lagilah suka... :) ) , atau beralih skop bidang tugas, semuanya kita harus lihat dari pelbagai perspektif. Tiada tugasan di dunia ini yang sempurna. Kesilapan boleh dielakkan, hanya kita tahu bagaiman untuk mengelakkannya. Kita harus mempelajari kesilapan itu sebagai satu titik untuk mengelakkannya dari berulang lagi. Seboleh-bolehnya biarlah kesilapan itu adalah yang pertama, dan sudah tentu