MyBlog 2008

Salam sejahtera buat semua yang menatap coretan yang aku lakarkan di sini. Sebenarnya, seingat aku laa, ini bukan kali pertama aku menempatkan diri di alam siber ini. Masa dulu-dulu pernah ada blog sendiri, tetapi dah lupa. Ini pun sebab yang hati ini dah rasa nak ada blog, itu sebabnya aku mencoret di sini... Hidup memang sukar untuk diramal dan dijangka, kan! Anyway, aku harap ini merupakan suatu permulaan dan ianya bukanlah nota terakhir yang aku lakarkan... So, kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog ini, diharap kehadiran aku ini dapat diterima dengan sebaik-baiknya....

Secara peribadi, aku dapat rasakan yang segala-galanya berubah mengikut keadaan. Dalam mengharungi kehidupan, kita tidak dapat lari dari hakikat yang nyata; kedukaan, kesedihan, penyeksaan yang terpaksa dilalui, akibat dari pengaruh keadaan. Tak kisahlah, sama ada sebagai pelajar, pekerja, suri rumah dan sebagainya, selagi kita bergelar 'insan'. Itulah yang terjadi. Bagi aku, kekuatan dan ketabahan, yang timbul dari kesedaran diri, menjadi tunggak terpenting bagi menangangi tekanan yang melanda. Akal kurniaan Allah tidak seharusnya diketepikan.

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, aku hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti segala kepahitan, kesusahan dan penderitaan yang telah dilalui selama ini akan terbalas dengan apa jua yang kita impikan bakal menjadi realiti. Cuma, hanya masa yang menjadi penentu kepada impian ini.... Hanya masa.....

Comments

Popular posts from this blog

Dear DIary - 16.11.2009

Me, 2015....