Posts

Showing posts from 2008

Al-kisah... Temuduga...

Semalam aku telah pun menghadiri suatu temuduga untuk kekosongan di SPA. Rasa-rasanya, dah kali ke-5 @ 6 pergi interview. Dah memang bukan rezeki aku agaknya. Tapi kali ini, nampaknya ada harapan sedikit (kot?). Aku dah cuba sedaya-upaya untuk kali ini, harapan aku agar aku mendapat kerja ini. Biarpun bukan kerjaya idaman, namun berdasarkan pengalaman dan kebolehan yang telah aku lalui selama ini, moga-moga ada peluang untuk aku kali ini. Kali ini memang tak sama seperti masa-masa yang lepas. Aku berasa lebih berkeyakinan, biarpun pada mulanya agak gementar. Aku cuba tonjolkan kemampuan aku untuk menarik perhatian penemuduga untuk memasukkan aku ke dalam senarai top-2k (kekosongan = 2k, simpanan = 3k; interview = 10k++... k=ribu). Nak kata buat persedian gila-gila tu, aku taklah orang begitu. Nota memang ada (cari kat internet), tapi aku sendiri tidak pasti apa yang sepatutnya tahu apa yang akan ditanya. Lain yang dibaca, lain pulak yang ditanya. Sebenarnya, aku agak ragu-ragu juga seb

NaSiB hAwA Di zAmAn InI....

Dua keadaan nasib Hawa, Menjadi mangsa, Menjadi pemangsa, Yang mangsa, Sering ditindas, Jenayah kian menjadi-jadi, Menyebabkan kesengsaraan, Dan penderitaan sepanjang hayat.... Yang mangsa, Sering dipergunakan, Untuk kepentingan duniawi, Meskipun tiada kaitan, Hanya dia Hawa, Semuanya pasti beres! Yang mangsa, Sering dicurangi, Biarpun pengorbanan dicurah, Biarpun telah diberi segala-galanya, Namun kesetiaan dihumban, Ke dalam lubuk yang gelap... Yang pemangsa, Tidak mahu menjaga diri, Terdedah sana, terdedah sini, Sanggup mencetuskan nyalaan bara, Biarpun di bibir sering menafikan, Hanya yang memandang cuma mampu menilai... Yang pemangsa, Sanggup mengetepikan hak diri, Untuk dihormati, dilindungi, Demi melihat taburan wang, Yang tiada terhingga, Demi kemewahan duniawi, Segala-galanya tergadai........ Yang pemangsa Demi kesenangan dan kemewahan, Sanggup melihat kehancuran kaumnya sendiri, Merampas kasih sayangnya secara paksa, Bangga kerana dialah yang terhebat, Sehingga tersungkurlah

Menjangkau ke Luar Garisan, Demi Mereka...

Semakin hari kita tidak dapat elakkan diri dari cabaran kehidupan. Dalam apa jua situasi, kita tidak boleh menafikan @ menolak segala yang telah diberikan kepada kita. Misalnya, sebagai seorang pekerja, kita tidak dapat mengelak dari tugasan yang telah diberi. Biarpun sesukar mana tugasan itu, kita terpaksa melakukannya. Walaupun terpaksa berada di luar garisan yang telah menyelubungi langkah kita, tetapi kita perlu keluar dari belenggu tersebut, demi sesuatu yang memerlukan kita melakukannya... Bagi aku, segala perubahan, tak kiralah sama ada tugasan itu bertambah ke, berkurangan ke (lagi kurang, lagilah suka... :) ) , atau beralih skop bidang tugas, semuanya kita harus lihat dari pelbagai perspektif. Tiada tugasan di dunia ini yang sempurna. Kesilapan boleh dielakkan, hanya kita tahu bagaiman untuk mengelakkannya. Kita harus mempelajari kesilapan itu sebagai satu titik untuk mengelakkannya dari berulang lagi. Seboleh-bolehnya biarlah kesilapan itu adalah yang pertama, dan sudah tentu

MyBlog 2008

Salam sejahtera buat semua yang menatap coretan yang aku lakarkan di sini. Sebenarnya, seingat aku laa, ini bukan kali pertama aku menempatkan diri di alam siber ini. Masa dulu-dulu pernah ada blog sendiri, tetapi dah lupa. Ini pun sebab yang hati ini dah rasa nak ada blog, itu sebabnya aku mencoret di sini... Hidup memang sukar untuk diramal dan dijangka, kan! Anyway, aku harap ini merupakan suatu permulaan dan ianya bukanlah nota terakhir yang aku lakarkan... So, kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog ini, diharap kehadiran aku ini dapat diterima dengan sebaik-baiknya.... Secara peribadi, aku dapat rasakan yang segala-galanya berubah mengikut keadaan. Dalam mengharungi kehidupan, kita tidak dapat lari dari hakikat yang nyata; kedukaan, kesedihan, penyeksaan yang terpaksa dilalui, akibat dari pengaruh keadaan. Tak kisahlah, sama ada sebagai pelajar, pekerja, suri rumah dan sebagainya, selagi kita bergelar 'insan'. Itulah yang terjadi. Bagi aku, kekuatan dan ketabahan, yang ti